1Kali ni saya guna daging segar tempatan bahagian batang pinang.Gaul dengan gula merah. Saya guna gula kelapa. Iaitu gula nisan jenis serbuk. 2. Campurkan kicap pekat secukupnya, bergantung kita nak warnanya segelap mana. 3.Sementara nak tunggu daging siap diperap. Kita sediakan bumbunya. DagingMasak Hitam ini ita lawakan dengan Nasi Minyak ita. Sedap tau! ita lawankan juga dengan lauk ayam masak merah. Lauk ayam masak merah ni dah selalu ita masak dan kalau dalam seminggu memang mesti akan sediakan sebab anak-anak memang suka. Dah selalu sangat tak payahlah ita kongsikan lagi lah ya.. CaraPenyediaan Resepi Daging Masak Hitam Kenduri : #1: Panaskan minyak tumis 4 serangkai sampai naik bau. Masukan daun kari,bawang putih, bawang besar dan halia biar sampai layu dan kuning. Masukan bawang mesin masak sampai bawang layu dlm 5-10 minit. #2: Masukan cili kisar biar sekejap dlm 5 minit sambil kacau. Caramasak nasi minyak: Mula-mula panaskan periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan minyak sapi dan minyak masak. Setelah dah panas, masukkan bawang besar, 4 sekawan, serai dan daun pandan. Kacau dan tumis sehingga naik bau wangi. Kemudian masukkan beras basmathi yang dah siap ditos tadi. Kacau sekata dan masukkan air. Kalaudi Kedah banyak jumpa daging masak hitam berempah dan dihidangkan bersama nasi minyak yang seakan-akan nasi tomato tetapi pudar sikit warna merahnya. Selalunya dijual pada waktu pagi untuk sarapan pagi sebagai nasi bungkus. Orang Kedah memang sarapanya bukan sekadar nasi lemak dan kuih muih, tetapi nasi berlauk juga. Panaskanminyak dan masukkan daging dan dikacau rata. Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan. Kongsi Suria Amanda . 7/11/2015 Alhamdulillah, malam ini adalah malam ke25 Ramadhan. Ianya salah satu dari malam ganjil di 10 akhir Ramadhan. Malam ini kalau bertepatan dengan Lailatul Qadar, buat apa pun kebaikan akan dapat pahala melebihi 1000 bulan. Allah nak bagi peluang pada umat Nabi Muhammad SAW, di mana ianya bermula seawal maghrib sehingga Subuh. Pastikan solat Maghrib, Terawih hingga Subuh adalah dikerjakan secara berjemaah. Juga ianya mestilah qiyam bersama Imam bagi mendapat pahala seolah mendirikan qiam sepenuh malam walaupun ketika kita tidur di rumah. Kasih sayang Allah pada umat Nabi Muhamad SAW di mana Lailatul Qadar hanya diberi pada umat baginda. Allah SWT tidak menyuruh kita tercari cari. Hanya disuruh cari dalam bulan Ramadhan, disebut lagi pada 10 akhir Ramadhan. Ketiga, diberi petunjuk lagi iaitu pada malam ganjil pada 10 akhir Ramadhan. Jangan terlepas dengan malam Lailatul Qadar. Namun begitu, jangan kecewa jika tak nampak tanda tanda Lailatul Qadar. Imam Nawawi nampak cahaya terang benderang masuk ke biliknya pada malam 27 Ramadhan. Usahakan untuk tidak tidur pada malam ini dan malam malam ganjil. Masuk 10 akhir Nabi Muhamad SAW tak tidur. Baginda akan menghidupkan malam dengan mengejutkan isteri isteri baginda termasuk Saiditina Siti Fatimah dan Saidina Ali dan Nabi ketatkan ikatan kain. Ianya menandakan bersungguh sungguh dan baginda juga tidak bersama isteri. Menurut A'ishah, baginda makan sedikit sahaja supaya dapat berpuasa dengan baik. Nabi juga mandi antara 2 azan iaitu selepas berbuka puasa antara Maghrib dan Isyak. Semoga kita dapat mengambil manafaat dari cara Rasulullah mempersiapkan diri memburu Lailatul Qadar. Resepi sedap ini saya belajar dari Kak Fatimah, rakan jemaah surau Ad Dhuha selepas merasai keenakannya. Faaizah telah menghulur satu bekas daging masak hitam yang disediakan untuk jemaah berbuka di surau. Bila rasa sedap, memang saya akan meminta resepi. Sejak dulu itulah perangai saya. Memang kat mana mana pun, buat muka tak malu untuk minta resepi. Hatta kat restoran pun, masih siap merisik resepi. Menurut Kak Fatimah, resepi ini dipelajari dari Bonda Chef Wan lama dahulu dan ketika Chef Wan masih muda lagi. Daging Masak Hitam ini selain sedap dimakan dengan nasi putih, juga sedap dimakan dengan nasi minyak juga pulut kuning. Sangat sedap dimakan sewaktu bersahur dengan nasi putih yang masih panas panas. Hmm memang berselera sekali. Jom layan resepi mudah dan sedap ini. Ianya juga sangat tahan lama kerana tiada penggunaan santan di dalamnya. Inilah lauk yang akan saya masak untuk juadah pagi raya kami nanti. Daging Masak Hitam Bahan bahan 1 kg daging 1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah Gula pasir/gula Melaka 1 sudu kecil air asam jawa Bawang besar mayang - hiasan Bahan Kisar 10 batang serai 10 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas Sejengkal halia - 4 ke 5 inci 3 biji bawang besar kuning 6 biji buah keras 1 labu bawang putih Cara cara Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata. Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih. Kami nak berikan resipi daging masak hitam yang sesuai untuk dimakan dengan nasi kandar. Ada ayam goreng, sayur kubis dan daging ni, memang gandingan yang sepadan. Sedap tak perlu keluar beli di kedai dah. Selain daripada nasi kandar, ,menu daging masak hitam ini sesuai juga untuk dimakan bersama nasi minyak. Rasa daging yang dimasak lebih sedap jika dimakan keesokkan. Contohnya, malam ini anda buat dan makan esok pagi. Jangan risau basi sebab kita akan tumiskan hingga betul pecah minyak dan menggunakan air yang seminima mungkin. Daging yang digunakan tidak perlu direbus terlebih akan lembut sebab dimasak dengan api kecil hingga daging mulai lembut sendiri dan bercampur elok dengan rempah-rempah yang telah ditumis. BACA DI LINK BARU Resepi Sup Daging Sedap Tapi Mudah Pasti Memikat Selera Terima kasih kepada Puan Adnilsam Apat kerana sudi berkongsi resipi daging masak hitam kepada kami semua. Boleh kami mencubanya dan tambah menu dalam koleksi resipi masakan daging. Bahan Resipi Daging Masak Hitam Sedap 1 kilogram daging lembu 20 ulas bawang kecil dihiris saiz 20 sen lama 4-5 tangkai daun kari Bhn Kisar Yang Perlu Direndam Terlebih Dahulu Hingga Kembang 1 sudu makan jintan putih 1 sudu makan jintan manis 1 batang kulit kayu manis 4 kuntum bunga lawang 7 buah pelaga 10 kuntum bunga cengkih 15 tangkai cili kering-direbus 2 labu bawang besar saiz 1/2 bola tenis setiap satu 1/2 labu bawang putih 2 inci halia Kesemua bahan ini direndam dalam satu bekas sahaja. Gunakan air yang sama ketika mengisar dalam anggaran 1/2 cawan. Bahan Lain 1 cawan sos tomato 1 cawan kicap pekat 2 sudu makan kerisik Gula melaka/gula/garam/serbuk perasa secukupnya 1/2 cawan minyak Cara Buat Resipi Daging Masak Hitam Nasi Kandar 1 Basuh bersih semua bahan dan rendam sampai kembang dan dikisar untuk bahan lumat bahan yang minyak untuk menumis. Tumis 2 bahan pertama iaitu bawang hiris dan daun kari hingga garing. Untuk elakkan hangit,pastikan anda guna api sederhana kecil sahaja. Selepas itu barulah tumis bahan kisar hingga pecah minyak. 2 Bila dah pecah minyak, masukkan daging yang dipotong buku besar ataupun kecil ikut saiz potongan pilihan. Biarkan dalam 20-30 minit pada api sederhana kecil dan dikacau sesekali untuk daging lembut. Bila daging dah lembut,keringkan air dengan besarkan api dan tambah gula melaka,garam,kicap,sos tomato,kerisik, gula putih sehingga kena dengan selera tekak anda. Masak hingga hampir kering dan bahan sebati tutup api bila semua dimakan dengan nasi kandar. Bolehlah anda mencubanya. Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? Sertai Channel Telegram kami Biasanya kita tunggu pergi kenduri kahwin baru makan nasi minyak kan? Anda tahu tak, rupanya nasi minyak ni senang je nak masak. Bahan-bahan yang diperlukan juga sangat mudah didapati. Bagi yang teringin sangat nak makan nasi minyak, jomlah cuba masak sendiri! Saya kongsikan resipi di bawah ya. Resipi ini adalah resipi nasi minyak yang simple, apabila Anda inginkan nasi minyak Trengganu, boleh pergi kat sini Resipi Nasi Minyak Terengganu 1. Resepi Nasi Minyak Simple Jumlah hidangan 5-6 orang Bahan-bahan 2 sudu besar minyak sapi 2 sudu besar marjerin 4 sekawan 2 biji bawang merah – dihiris 1 inci halia ½ tin susu cair 4 pot beras basmathi pot air garam sedikit pewarna kuning Bahan Acar Nenas Timun – dibuang biji Lobak merah Nenas dipotong kecil 2 sudu besar cuka Gula secukup rasa Cara Penyediaan Masukkan marjerin dan minyak sapi ke dalam periuk panas dan biarkan cair. Masukkan bawang merah yang telah dihiris. Masukkan 4 sekawan. Masukkan juga hirisan halia dan tumis sehingga wangi. Masukkan air dan kacau rata. Kemudian boleh masukkan susu cair. Kacau sehingga sebati. Tambahkan garam secukup rasa. Basuh beras yang telah direndam tadi dan toskan airnya. Masukkan beras tadi kedalam periuk nasi dan tuang semua bahan tumisan tadi kedalam periuk nasi yang berisi beras. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi sudah masak titiskan sedikit pewarna kuning. Penyediaan Acar Hiris nipis nenas, timun dan lobak. Satukan gula dan cuka dan gaul bersama nenas, timun dan lobak tadi. Seimbangkan rasa mengikut kesesuaian selera anda. Tips Untuk dapatkan nasi yang berderai cantik, pastikan air tidak terlalu banyak. Macam mana? Senangkan je kan? Nasi minyak ni sedap jika di makan dengan ayam masak merah atau daging masak hitam. Boleh pikat hati suami dan mak mertua dengan resipi mudah tapi gempak ni! Anak-anak pon pasti teruja nak makan nasi minyak hasil masakan ibu mereka. 2. Resepi Nasi Minyak Terengganu Anda terasa nak makan sesuatu yang lain sikit dari kebiasaan? Tapi nak yang mudah saja? Apa kata anda cuba resipi yang saya nak kongsikan harini iaitu Nasi Minyak Terengganu. Nasi Minyak Terengganu hampir sama dengan nasi minyak biasa cuma ada tambahan daun pandan dan susu pekat. Rasanya pasti berbeza. Bahan-bahan Beras – 2 cawan air 2 cawan air panas susu cair ½ tin 3 sudu besar susu pekat Sebiji bawang besar Seulas bawang putih 1 inci halia 2 helai daun pandan ½ sudu besar minyak sapi 1 sudu besar marjerin sedikit kismis sedikit pewarna kuning 4 sekawan kiub ayam bawang goreng Cara penyediaan Hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Panaskan kuali. Masukkan minyak sapi, marjerin dan sedikit minyak masak. Tumiskan 4 sekawan. Masukkan pula bawang merah dan bawang putih yg telah dihiris tadi. Setelah bawang layu boleh masukkan susu cair dan susu pekat. Perasakan dengan garam & kiub ayam. Kacau dan biarkan seketika. Basuh beras sehingga bersih dan toskan airnya. Masukkan beras yang sudah dibasuh ke dalam periuk rice cooker. Masukkan air panas ke dalam periuk rice cooker yang berisi beras tadi. Masukkan halia dan kismis ke dalam periuk rice cooker, diikuti dengan bahan tumisan tadi. Masak nasi seperti biasa. Apabila nasi sudah agak kering, titiskan sedikit pewarna kuning dan gaulkan. Setelah siap boleh dihidangkan. Tabur bawang goreng sebagai hiasan. Tips Untuk nasi yang cantik berderai, pastikan sukat air dengan betul. Jangan terlalu banyak, ikut keperluan sukatan air beras anda. Elakkan mengkaup atau mengacau nasi ketika panas. Tunggu sejuk barulah kaup nasi untuk mngelakkan nasi patah. Nasi Minyak Terengganu sangat enak jika digandingkan dengan ayam masak merah atau daging masak hitam. Resipi ini sesuai untuk dijamu seisi keluarga kerana rasanya yang enak dan menyelerakan. Nak buat resepi nasi hujan panas ni sebenarnya Mama tak perlukan banyak bahan pun malah bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah diperoleh. Kalau lihat menu ni, nampak macam susah kan? Tapi taklah Mama! Menu ini sangat senang dan tidaklah begitu renyah untuk memasaknya. Nasi yang sering dijadikan menu utama di kebanyakan majlis keraian dan perayaan bukan sahaja mudah tapi sangat sedap kalau dinikmati bersama daging masak hitam atau ayam masak merah dan juga jelatah. Malah, warna nasinya yang berwarna-warni dan begitu cantik pastinya membuka selera anak-anak Mama. Jadi, bagi membantu Mama semua memikat selera keluarga, di bawah ini Mama Siti telah kongsikan bahan-bahan serta langkah-langkah memasak untuk dijadikan sebagai panduan. Jom lihat! Resepi Nasi Hujan Panas Bahan-bahan 4 1/2 pot beras basmathi Bahan tumisan 1 biji bawang besar2 ulas bawang putih2 inci halia4 sekawan3 helai daun pandan3 sudu besar minyak sapi1 ketul kiub ayam2 pot susu penuh krim2 1/2 pot airPewarna merah, kuning dan hijauGaramSerbuk perasa Cara-cara 1. Rendam beras selama 30 minit, kemudian basuh dan toskan. 2. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan empat sekawan. Kredit gambar Facebook MAHN Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan daun pandan, kiub ayam, dan beras. Tuangkan susu penuh krim dan air. Kemudian masukkan garam dan perasa. Kredit gambar Facebook MAHN 4. Masak nasi sehingga hampir kering, tutup periuk dan tanak nasi sehingga masak. Setelah nasi kering, titiskan pewarna. Kredit gambar Facebook MAHN Kacau nasi sehingga warna sekata dan sedia untuk dihidangkan! Nak lagi sedap, hidangkan resepi nasi hujan panas ini dengan daging masak hitam di bawah Resepi Daging Masak Hitam Bahan-bahan 500gm dagingKicap manis3 sudu besar cili boh1/2 serbuk lada hitamMinyak masak1 biji ubi kentang2 biji bawang besar dikisar5 ulas bawang putih dikisar1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang Cara-cara Perap daging dengan dua sudu cili boh dan kicap secukupnya selama 30 kesemua bahan yang telah dikisar sehingga ia keperangan dan berbau masukkan perapan daging tadi. Masukkan ubi agak kering, masukkan garam dan gula secukupnya dan setengah sudu serbuk lada hitam. Kacau sebati, tutup periuk dan masak seketika. Tips/Petua Menyediakan Resepi Nasi Hujan Panas Pastikan nasi benar-benar kering sebelum meletakkan sudu yang berasingan untuk setiap jenis setiap titisan warna berlainan supaya tidak warna menyerap ke dalam nasi seketika. Jangan kacau nasi ia kelihatan kering barulah dikacau untuk menggabungkan warna-warna tadi supaya kelihatan menarik dan cantik. Di harap dengan perkongsian resepi ini dapat menambah semangat Mama di dapur. Selamat mencuba! Jom cuba resepi nasi ayam hainan pula! Jom cuba pelbagai aneka resepi yang lain beserta tips memasak yang berguna di SINI! Dulu paling tidak sebulan sekali dapat merasa makan kenduri. Sekarang musim pandemik terasa rindu nak makan nasi minyak kenduri dan daging masak hitam nya. Kena pula dengan lauk tambahan ayam goreng dan acar mentah. Memang padu. Kalau rindu nak makan kenduri tu, jomlah buat nasi minyak sendiri. Buat hidangan istimewa hujung minggu atau hari raya. Sebenarnya tak susah pun nak masak nasi minyak ni. Lauk pun boleh padankan dengan apa sahaja yang anda gemari. Selalunya lauk kenduri ni daging masak hitam, ayam masak merah, daging kurma dan macam-macam lagi. Kali ni kita masak yang simple-simple je iaitu daging masak hitam. Nak kan hidangan lengkap buatlah sekali acar mentah. Nak buat nasi minyak ni sebenarnya lagi sedap kalau masak dengan beras basmathi. Tapi kalau gunakan beras biasa pun enak juga. Kat kenduri pun biasanya beras biasa juga yang dihidangkan. Ikutlah mana yang anda suka. Yang penting nasinya wangi dan terasa aroma. Makan dengan lauk apa pun memang layan. Jom ikut resepi mudah yang dikongsikan oleh Mdm Kelly ni. RESEPI NASI MINYAK KENDURI DAN DAGING MASAK HITAM Untuk nasi minyak, sukatan air sama je macam biasa masak nasi dengan beras yang anda masak selama ni. Kalau guna beras basmathi ada sukatannya juga. Yang penting perlu ambil kira semua cecair yang dimasukkan sebagai sukatan air beras. Bahan-bahan nasi minyak 4 cawan beras basmathi rendam dan cuci bersih 1 batang serai diketuk Halia Hirisan bawang besar 4 sekawan Daun pandan 2 sudu makan minyak sapi 2 sudu makan minyak masak 3 cawan susu cair + air biasa cukupkan 7 cawan air Sedikit serbuk kunyit Garam Kismis Cara masak nasi minyak ▶️ Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. ▶️ Kemudian masukkan 4 sekawan dan daun pandan. Tumis sampai naik bau. ▶️ Masukkan pula serai, halia dan hirisan bawang besar. Tumis lagi sehingga wangi dan garing. ▶️ Masukkan beras dan kacau sekejap. ▶️ Lepas tu masukkan susu cair, air dan garam. Gaul sebati. ▶️ Kemudian angkat periuk dan masukkan dalam periuk elektrik. Biarkan nasi masak seperti biasa. Bahan untuk daging masak hitam 1 kilo daging potong kiub dan cuci bersih Bahan kisar 2 labu bawang besar 4 ulas bawang putih Halia Bahan tumis 1 batang serai 4 sekawan Kicap manis Kicap masin Sos tiram 3 sudu makan cili kisar ½ sudu makan serbuk jintan manis dan putih Gula kerek sedikit Cara masak daging masak hitam ▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis 4 sekawan dan juga serai sampai garing dan naik bau. ▶️ Kemudian masukkan bahan kisar, cili kisar, kicap dan daging. Kacau sebati dan masak dengan api yang perlahan. ▶️ Masukkan serbuk jintan dan tambah lagi kicap dan gula. Tak perlu masukkan garam. ▶️ Biarkan daging terus direneh sampai masak dan empuk. Kalau kering kuahnya, tambahkan air lagi dan sambung mereneh. ▶️ Dah empuk daging boleh padamkan api. ▶️ Sedia dihidangkan dengan nasi minyak. BACA JUGA Resepi Ayam Goreng Berempah Macam Kenduri. Sedap Dan Wangi. Tak Perlu Perap Lama Sangat Pun. Hidangan ni yang paling simple sekali. Kalau anda nak lebih lengkap dan menaikkan selera, boleh hidangkan sekali dengan acar mentah dan juga papadom. Cara buat acar mentah mudah je. Sediakan timun, lobak merah, bawang besar, cili merah, cuka makan dan sedikit garam dan gula. Potong sayuran tu dan gaulkan dengan cuka dan bahan perasa. Dah siap. Hujung minggu ni tak perlu pening-pening fikir nak buat apa untuk hidangan istimewa keluarga. Buat je nasi minyak kenduri dan daging masak hitam. Barulah rasa special sikit. Selamat mencuba! Zuriana14/06/2023saya order nasi lemak tadi tapi tak dapat sambal & kari😅😅Noor13/06/2023tak pernah tak makan ayam masak merah pun terpaling sedapAlia11/06/2023Sedap ...klu la ada Menu Rahmah Harga tak mahal...hari2 saya order !!NADIA08/06/2023Order nasi minyak dapat nasi putih..nasib anak sy mkn sb dia memilih sb dia oku..lauk2 sedapZuliana29/05/2023Ayam goreng bawang sedap sangat⭐️Zuliana25/05/20235⭐️Siti23/05/2023Nasi lemak telur goreng sedap. Teh tarik sedap walaupun murah, cukup rasaNur21/05/2023semoga dimurahkan rezeki tuan kedai sebab bagi extra lauk dan nasi minyak..Hani21/05/2023tolong add menu bihun goreng dalam food panda. nak makan bihun kena order greb pulak. charge mahal. Hana18/05/2023semue sedappppppNor17/05/2023Love ayam bakar so much 😆

nasi minyak daging masak hitam